NOTIS
Syarikat pembekal GPS yang berdaftar di Malaysia dipelawa untuk menjadi panel MPOB sebagai pembekal pengurusan lencongan minyak sawit dan sistem pengesanan menggunakan sistem kedudukan global (GPS).
JEMPUTAN KEPADA PEMBEKAL SISTEM KEDUDUKAN GLOBAL (GPS).
Pembekal GPS dijemput untuk membekalkan sistem dan peralatan GPS kepada syarikat pengangkutan yang memindahkan minyak sawit seperti yang ditetapkan dalam syarat lesen syarikat pengangkutan. Hanya pembekal GPS yang diiktiraf secara sah akan dilantik sebagai pembekal MPOB.
LATARBELAKANG
Hanya syarikat yang dilantik sebagai panel MPOB dibenarkan membekalkan sistem dan peralatan GPS kepada syarikat pengangukutan yang dilesenkan oleh MPOB untuk memindahkan minyak sawit seperti yang ditetapkan dalam syarat lesen.
TERMA PERMOHONAN
1) Pembekal GPS mempunyai 'Sistem Pengurusan Armada'
2) Syarikat mestilah berdaftar di Malaysia dan
3) Pembekal GPS hendaklah mematuhi spesifikasi minimum yang ditetapkan seperti yang dilampirkan dalam borang permohonan
PENILAIAN DAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
1) Penilaian MPOB termasuk lawatan pemeriksaan ke premis operasi dan ujian penghantaran data
2) Keputusan permohonan akan dimaklumkan secara bertulis
3) Pemohon yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian pelantikan panel dengan MPOB
INFORMASI
Untuk maklumat dan butiran lanjut, sila emelkan kepada sims@mpob.gov.my atau hubungi talian hotline 03-7802 2800.
